Lima kawasan catat IPU tidak sihat, KL rekod bacaan sederhana setakat 4.00 petang

Facebook
WhatsApp
Lima kawasan catat IPU tidak sihat, KL rekod bacaan sederhana setakat 4.00 petang ini.

KUALA LUMPUR: Lima kawasan membabitkan empat di Johor dan satu di Sarawak mencatat bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 4.00 petang ini.

Menurut data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), kawasan di Johor dengan mencatat bacaan IPU tidak sihat adalah di Pasir Gudang (161), Kota Tinggi (159), Pengerang (158) dan Larkin (152).

Sementara di Sarawak, hanya IPD Serian merekodkan bacaan IPU tidak sihat dengan 141.

Sebanyak 51 kawasan termasuk Kuala Lumpur pula mencatat bacaan pada tahap sederhana, manakala 12 kawasan merekodkan bacaan baik.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala 301 ke atas berbahaya. – Bernama