IPD Simunjan tekankan integriti, disiplin dan kesiapsiagaan warga PDRM

Facebook
WhatsApp
PERHIMPUNAN Bulanan September 2026 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simunjan yang berlangsung di Dewan Mesra Simunjan, semalam. Foto: IPD Simunjan

SIMUNJAN: Aspek integriti, disiplin dan profesionalisme terus diberi penekanan dalam kalangan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan mutu perkhidmatan serta imej pasukan sentiasa berada pada tahap terbaik.

Perkara itu ditegaskan Ketua Polis Daerah Simunjan, DSP Rafhan Kepli ketika menyempurnakan Perhimpunan Bulanan September 2026 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Simunjan yang berlangsung di Dewan Mesra Simunjan, semalam.

Dalam amanatnya, beliau turut menyampaikan amanat, perutusan dan arahan Ketua Polis Negara yang menekankan kepentingan integriti, disiplin, profesionalisme, tadbir urus, kesiapsiagaan, keselamatan serta penjagaan imej dan nama baik PDRM.

DSP Rafhan turut mengingatkan seluruh warga IPD Simunjan supaya sentiasa mematuhi undang-undang, arahan serta prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Beliau juga menekankan kepentingan memperkukuh aspek pemantauan, kebajikan anggota serta tahap kesiapsiagaan warga IPD Simunjan bagi memastikan setiap tugasan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Perhimpunan yang pada asalnya dirancang untuk diadakan di kawasan terbuka bagaimanapun dipindahkan ke Dewan Mesra Simunjan berikutan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan.

Dalam pada itu, IPD Simunjan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Majlis Daerah Simunjan atas kerjasama serta kemudahan yang diberikan bagi memastikan perhimpunan bulanan berkenaan dapat dilaksanakan dengan lancar.

Oleh Adi Safarman