Jerebu: IPD Serian catat IPU tidak sihat

Facebook
WhatsApp
KEADAAN jerebu yang menyelubungi sekitar Jalan Kuching-Serian, Batu 12,

KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian di Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9.00 pagi ini, iaitu 151.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), 63 kawasan lain di seluruh negara mencatatkan tahap bacaan sederhana, termasuk di Sri Aman, Sarawak (98); Batu Pahat, Johor (81); Cheras, Kuala Lumpur (69); Klang, Selangor (62); dan Kimanis, Sabah (56).

Tiga kawasan mencatatkan tahap bacaan baik iaitu Tanah Merah, Kelantan (47); Langkawi, Kedah (46) dan Besut, Terengganu (43).

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 berada pada tahap berbahaya. – Bernama

Jejakmu masih ada

SETIAP yang bermula pasti akan tiba pada akhirnya. Begitulah hukum kehidupan yang tidak dapat dielakkan. Ada pertemuan yang membuka jalan,