Periuk nasi elektrik terbakar, penghuni sempat padam api sebelum bomba tiba

Facebook
WhatsApp
KESAN kebakaran periuk nasi elektrik di sebuah rumah di Jalan Sungai Janting pada semalam. Foto BBP Bintangor

BINTANGOR: Tindakan pantas penghuni sebuah rumah di Jalan Sungai Janting berjaya memadam kebakaran membabitkan periuk nasi elektrik sebelum api merebak ke struktur kediaman pada semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.58 petang.

Katanya, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Zulfaiza Mohamad dan empat anggota bomba digerakkan ke lokasi.

“Setibanya pasukan bomba di lokasi, didapati telah berlaku kebakaran periuk nasi elektrik dan tidak melibatkan struktur kediaman. 

“Api telah berjaya dipadamkan oleh penghuni rumah sebelum pasukan bomba tiba, sekali gus tidak memerlukan sebarang tindakan pemadaman dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, pasukan bomba menjalankan pemeriksaan di lokasi bagi memastikan keadaan selamat dan tiada lagi risiko kebakaran.

“Operasi tersebut ditamatkan sepenuhnya pada 7.18 malam selepas pemeriksaan selesai dilakukan,” katanya.

Oleh Earl Anek

Empat rumah terbakar di Uma Badeng

BELAGA: Empat rumah kayu di Uma Badeng, Sungai Asap, terbakar dalam kejadian pagi ini. Menurut Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba

Jejakmu masih ada

SETIAP yang bermula pasti akan tiba pada akhirnya. Begitulah hukum kehidupan yang tidak dapat dielakkan. Ada pertemuan yang membuka jalan,