SETIAUSAHA Kehormat KDFA, Iswandy Ali Hassan memberitahu, keputusan tersebut disebabkan tidak mahu mendepani risiko ekoran kebimbangan penularan virus Covid-19 yang melanda negara dan dunia ketika ini.
“Situasi persekitaran terlalu bahaya ketika ini ekoran penularan virus Covid-19 yang menimbulkan kebimbangan semua pihak.
“Oleh yang demikian, kita terpaksa mengambil keputusan untuk membatalkan semua kejohanan sepanjang tahun ini (2020),” ujar Iswandy ketika mengulas mengenai perkara itu.
Seperti mana biasa, KDFA yang sering tampil dengan pengelolaan Liga Kuching, Piala Abang Johari, Liga Belia Bawah 19 Tahun dan beberapa kejohanan lain.
Menurut Iswandy, keputusan membatalkan semua penganjuran kejohanan sepanjang musim ini disebabkan anjakan tarikh baharu Liga Malaysia 2020 diumumkan pihak Liga Bola sepak Malaysia (MFL).
Lantaran tegasnya, untuk mengelak pertembungan masa dan tarikh yang dilihat agak terhad selain musibah penularan virus Covid-19 yang bagaikan tiada penghujungnya setakat ini.
Langkah berbuat demikian kata Iswandy, dilihat amat kearah sama-sama memutuskan rantaian penularan wabak berbahaya itu.