Kunci tertinggal dalam bonet, APM Debak bantu buka Proton Wira

Facebook
WhatsApp

DEBAK: Kecekapan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Debak membantu seorang pengadu menyelesaikan masalah selepas kunci kenderaan miliknya tertinggal di dalam bonet belakang sebuah kereta Proton Wira di Pasar Debak, semalam.

Menurut kenyataan media APM Debak, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian tersebut sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi bagi memberikan bantuan kepada pengadu.

Setibanya di lokasi, anggota APM Debak menjalankan tindakan membuka bonet belakang kenderaan secara berhati-hati bagi memastikan keselamatan pengadu selain mengelakkan sebarang kerosakan terhadap kenderaan berkenaan.

APM Debak menyelesaikan masalah selepas kunci kenderaan milik pengadu tertinggal di dalam bonet belakang sebuah kereta Proton Wira di Pasar Debak, semalam. Foto APM Debak

Hasil tindakan pantas serta kerjasama anggota yang terlibat, urusan pengadu berjaya dibantu dan diselesaikan dengan baik.

Menurut APM Debak, bantuan berkenaan memperlihatkan komitmen pasukan itu dalam memberikan perkhidmatan kecemasan serta khidmat komuniti kepada orang awam yang memerlukan bantuan.

APM Debak turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai di daerah berkenaan yang masih mempercayai ketangkasan anggota APM menyelesaikan masalah kecemasan berkenaan.

Orang ramai yang berdepan sebarang kecemasan atau memerlukan bantuan boleh menghubungi Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Debak di talian 083-464553 atau talian kecemasan 999.

Oleh Adi Safarman