BARAM: Seramai 117 murid terlibat dalam Program Science On Wheels (STEM & Coding Bengkel) di SMK Tutoh Apoh Baram baru-baru ini.
Program tersebut berkolaborasi besrama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Baram, Sarawak Digital Economy Corporation (SEDC) dan Realfun Learning Centre di SMK Tutoh Apoh.
Menurut Pengetua SMK Tutoh Apoh, Chan Wah Fook, daripada 117 murid yang terlibat 90 orang pelajar Tingkatan 1 hingga Tingakat 3 dari SMK Tutoh Apoh, SK Long Panai (15 orang murid) Tahap 2, SK Long Linei (8 orang murid) Tahap 2 dan SK Penghulu Bayang Mallang (4 orang murid) tahap 2.

Majlis penutupan program disempurnakan Pengetua sekolah tersebut, Chan Wah Fook dan menurut beliau objektif program berkenaan ialah untuk memberi pendedahan awal kepada murid luar bandar dan pedalaman Baram dalam bidang teknologi digital, robotik dan pengekodan.
Katanya sepanjang program empat hari itu yang bermula 16 sehinnga 19 September, murid mempelajari asas pengekodan menggunakan Microsoft MakeCode dan micro: bit
“Projek utama Murid ialah mengaplikasikan kemahiran pengekodan dan penggunaan micro: bit dengan menghasilkan Monster Robot,” katanya.
Selain itu aktiviti lain yang dilksanakan ialah bengkel, aktiviti hands-On, Persembahan dan penilaian hasil peserta.
Program ini juga tegasnya ialah untuk memberikan peluang kepada murid di kawasan pedalaman untuk merasai sendiri pembelajaran STEM berasaskan teknologi melalui aktiviti pengekodan dan pembinaan robot menggunakan micro:bit, menjadikan pembelajaran lebih praktikel, kreatif dan bermakna.
Dalam pada itu tambah beliau impak program, memperluas pendedahan STEM dan teknologi digital kepada murid pedalaman disamping menggalakkan kreativiti, inovasi dan minat terhadap teknologi.
Oleh Jiku Juguong




