Festival Kesusasteraan Sarawak 2026 angkat karya tempatan

Facebook
WhatsApp
FESTIVAL Kesusasteraan Sarawak (SLF) 2026 yang julung kali dianjurkan bakal berlangsung selama lima hari bermula 23 hingga 27 September ini di Stadium Tertutup Miri.

MIRI: Festival Kesusasteraan Sarawak (SLF) 2026 yang julung kali dianjurkan bakal berlangsung selama lima hari bermula Rabu ini hingga 27 September di Stadium Tertutup Miri.

Festival anjuran Pustaka Negeri Sarawak itu bakal menghimpunkan penulis, penerbit, penggiat budaya dan masyarakat bagi meraikan kesusasteraan serta warisan Sarawak, selain menyokong aspirasi Miri ke arah pengiktirafan sebagai Bandar Kesusasteraan UNESCO.

Majlis perasmian dijadualkan berlangsung pada Khamis ini (24 September), 2.00 petang di Stadium Tertutup Miri dan akan disempurnakan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Antara pengisian festival itu termasuk pameran dan jualan buku, sesi bersama penulis, forum kesusasteraan, bengkel penulisan kreatif, program Sarawakiana serta persembahan kebudayaan, muzik dan puisi.

Penganjur menjangkakan festival berkenaan mampu menarik antara 20,000 hingga 50,000 pengunjung sepanjang lima hari penganjurannya.

Oleh Liong Chai Ling