MIRI: Sebuah rumah separuh kayu di Kampung Raan, di sini, terbakar dalam kejadian pagi ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.14 pagi.
Menurutnya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Miri Sentral bersama sebuah jentera dan sebuah kenderaan Perkhidmatan Penyelamatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dikerahkan ke lokasi.
“Pasukan bomba tiba di lokasi pada 8.26 pagi dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah berstruktur separuh kekal berkeluasan kira-kira 40 x 60 kaki.
“Anggaran 50 peratus daripada struktur rumah terbakar dalam kejadian itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kebakaran berkenaan.
Oleh Liong Chai Ling





