Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • S’wak terima bekalan perubatan
  • TEMPATAN

S’wak terima bekalan perubatan

Utusan Sarawak 5 years ago
YANG Chengcheng ketika menyerahkan penutup hidung dan mulut kepada Profesor Datuk
Dr. Mohamad Kadim Suadi.

CHERYL LAW

KUCHING: Persatuan Kebudayaan dan Pendidikan Asian China (ACEC) dan Universiti China memberi sumbangan bekalan perubatan kepada Sarawak.

Pengarah Eksekutif Bahagian China ACEC, Yang Chengcheng berkata, topeng penutup mulut dan hidung itu adalah sumbangan Persatuan ACEC dan ahli dari China seperti Universiti Perubatan Anhui, Universiti Soochow dan Universiti Petanian China.

Beliau kata, semalam ACEC menghantar surat kepada Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Dato Sri Dr Sim Kui Hian bekenaan inisiatif ACEC yang memohon bantuan Institut Penyelidikan Perubatan Cina dan universiti lain untuk bergabung dan bekerjasama di Sarawak dalam memerangi virus Covid-19 dan membantu Sarawak membina kesihatan awam yang lebih kuat.

“Kali ini, kami hanya memberi sedikit sumbangan tetapi memohon supaya lebih banyak pusat penyelidikan dan institut penyelidikan perubatan tempatan dan profesor terkenal dan doktor untuk datang ke sini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan sumbangan ACEC di sini semalam.

Yang menambah, minggu lepas pasukan perubatan dari China telah melawat Sarawak untuk mewujud kerjasama lebih erat dalam bidang perubatan terutama berkaitan dengan strategi mengekang wabak Covid-19 di negeri ini.

Yang Chengcheng menyerahkan topeng penutup mulut dan hidung kepada Naib Canselor Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS}, Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suadi pada majlis berkenaan.

Continue Reading

Previous: Bantuan makanan masih diagihkan di DUN Samalaju
Next: Sibu kembali sebagai zon kuning

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.