ROM, 31 Oktober: Pemain tengah serangan Amerika Syarikat (AS), Christian Pulisic, melanjutkan kontraknya bersama kelab Serie A Itali, AC Milan, sehingga 2031.
Kontrak pemain berusia 28 tahun itu sepatutnya tamat pada penghujung musim ini sebelum beliau menandatangani lanjutan kontrak selama empat tahun.
“AC Milan dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Christian Pulisic telah melanjutkan kontraknya bersama kelab sehingga 30 Jun 2031,” menurut kenyataan yang disiarkan di laman web rasmi juara Itali 19 kali itu.
Pulisic menyertai Milan pada 2023 dari kelab Liga Perdana Inggeris, Chelsea. Beliau telah menjaringkan 44 gol dalam 142 penampilan bagi semua pertandingan bersama Milan, termasuk dua gol dalam liga musim ini.
Milan kini menduduki tangga kelima Serie A dengan 18 mata menjelang pertembungan derby menentang pendahulu liga, Inter Milan, esok. – AFP




