Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 300 bakul makanan untuk KRT Sebauh
  • TEMPATAN

300 bakul makanan untuk KRT Sebauh

Utusan Sarawak 4 years ago
DATO Sri Dr. Stephen Rundi menyerahkan bakul makanan kepada wakil penerima sebagai simbolik penye- rahan sumbangan pada pelancaran program #KITA BERSAMA: RT CARES Daerah Sebauh Bintulu di di Rumah Lenny RPR Segawan Sebauh, Sabtu lalu.

SAMALAJU: Pelaksanaan projek baik pulih rumah bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Samalaju terus giat dilaksanakan.

Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Samalaju, Thomas Nyaring berkata, projek berkenaan penting dalam melonjak kesejahteraan hidup penduduk di kawasan ini.

“Peruntukan daripada Kerajaan Sarawak menerusi ADUN Samalaju Majang Renggi adalah Fasa Satu untuk tahun 2021,” katanya.

Beliau berkata demikian berhubung lawatan tapak beliau bagi penerima projek MRP-PPRMS di DUN berkenaan.

Menurutnya, untuk Fasa 1 projek MRP-PPRMS di DUN terbabit telah diberikan kepada lebih 134 penerima setakat ini.

“Penerima projek adalah golongan sasar melibatkan penduduk rumah panjang dan kampung untuk membaik pulih rumah kediaman mereka,” katanya.

Jelas beliau, kesemua projek terbabit dilaksanakan dengan menggunakan kaedah gotong-royong.

Jelas beliau, pihak Pusat Khidmat Masyarakat DUN Samalaju akan menyalurkan bahan binaan seterusnya memantau perlaksanaan projek berkenaan.

Sehubungan itu, beliau memaklumkan bahawa projek itu juga seharusnya disiapkan dalam tempoh 45 hari untuk memudahkan laporan siap projek dapat dilakukan.

Oleh ELLIE EDWARD

Continue Reading

Previous: Dana MRP, bakul makanan untuk komuniti Cina Mukah
Next: 500 SEKOLAH TERIMA RASPBERRY PI

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.