IPU Lubok Antu cecah 201, kekal tertinggi di Sarawak

Facebook
WhatsApp
BACAAN IPU setakat 8.00 malam ini.

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Lubok Antu kembali mencecah 201 setakat 8.00 malam ini dan dikategorikan pada tahap sangat tidak sihat.

Bacaan itu meningkat berbanding 197 yang direkodkan pada 4.00 petang tadi, sekali gus menjadikan Lubok Antu kawasan yang merekodkan bacaan IPU tertinggi di Sarawak.

Berdasarkan data pemantauan kualiti udara, Serian pula merekodkan bacaan 174, Sri Aman (166), Betong (163), Tebedu (158), Kuching (154), Samarahan (151), Kanowit (136) dan Lundu (112), semuanya pada tahap tidak sihat.

Sebanyak 10 kawasan merekodkan bacaan pada tahap sederhana, iaitu Sarikei (87), Sibu (93), Bintulu (78), Mukah (73), Kapit dan Samalaju masing-masing 70, Miri (66), Lawas (61) serta ILP Miri dan Limbang masing-masing 52.

Bario pula mencatat bacaan IPU 38, kekal pada tahap baik.

Oleh Adele Rissa