Virgo Transport 8: Indonesia sahkan feri terbalik, operasi mencari dan menyelamat diteruskan

Facebook
WhatsApp
KAPAL Virgo Transport 8 yang disahkan terbalik di Laut Jawa

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia pada Ahad mengesahkan feri penumpang Virgo Transport 8, yang dilaporkan terputus hubungan awal hari ini, telah terbalik di Laut Jawa berhampiran Kalimantan Selatan, sementara operasi mencari dan menyelamat mangsa yang hilang masih diteruskan.

Menteri Pengangkutan Dudy Purwagandhi berkata feri membawa 243 penumpang dan anak kapal itu, kali terakhir dilaporkan berada kira-kira 80 batu nautika dari Banjarmasin, telah dikesan menerusi pemerhatian helikopter yang terlibat dalam operasi pencarian.

“Berdasarkan maklumat yang kami terima daripada helikopter, feri berkenaan telah terbalik, bukannya karam,” katanya pada sidang media di Banjarmasin, Kalimantan Selatan, yang disiarkan secara langsung oleh media tempatan. – Bernama