Suasana pilu iringi kepulangan mendiang Debra

Facebook
WhatsApp
JENAZAH mendiang jururawat Debra Moset tiba dengan selamat di kampung kediaman keluarganya, hari ini.

PADAWAN: Suasana pilu menyelubungi kediaman keluarga mendiang Debra Moset apabila jenazah jururawat yang terkorban dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Baram, tiba di rumah keluarganya di Kampung Semedang pada 12.40 tengah hari, hari ini.

Kepulangan jenazah mendiang membawa kesedihan mendalam kepada keluarga dan insan tersayang, lebih-lebih lagi selepas beliau terkorban ketika sedang melaksanakan tugas memberikan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat di kawasan pedalaman Sarawak.

AHLI keluarga dan insan tersayang menyambut ketibaan jenazah mendiang jururawat Debra Moset di kediaman keluarga, tengah hari tadi.

Sebelum itu, jenazah mendiang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) sebelum dibawa pulang ke kediaman keluarga untuk urusan seterusnya.

Oleh Shikin Mahmud