35 kenderaan perdagangan diperiksa dalam Ops Gempur di Kuching

Facebook
WhatsApp
OPERASI… JPJ Sarawak menjalankan pemeriksaan kenderaan perdagangan menerusi Ops Gempur Kenderaan Perdagangan di sekitar bandar raya Kuching, hari ini. Foto JPJ Negeri Sarawak.

KUCHING: Sebanyak 35 kenderaan perdagangan diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak menerusi Ops Gempur Kenderaan Perdagangan di sekitar bandar raya ini, hari ini.

Operasi dilaksanakan Unit Timbang Mudah Alih JPJ Sarawak menerusi rondaan, pemantauan dan penguatkuasaan secara statik.

Hasil pemeriksaan mendapati beberapa kesalahan termasuk membawa muatan berlebihan, melanggar syarat permit LPKP, lesen memandu kenderaan barangan (GDL) tamat tempoh serta kesalahan teknikal kenderaan.

ANGGOTA JPJ Sarawak menjalankan pemeriksaan terhadap kenderaan perdagangan menerusi Ops Gempur Kenderaan Perdagangan di sekitar Kuching, hari ini. Foto JPJ Negeri Sarawak

Semua tindakan penguatkuasaan diambil mengikut peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

JPJ Sarawak mengingatkan pemilik, pengusaha dan pemandu kenderaan perdagangan supaya memastikan muatan mengikut had ditetapkan, permit serta lesen masih sah dan kenderaan berada dalam keadaan selamat serta mematuhi spesifikasi.

Penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan industri kenderaan perdagangan beroperasi secara selamat, sah dan bertanggungjawab demi keselamatan semua pengguna jalan raya.

Oleh Shikin Mahmud