Ops Vulture: 67 sepanduk pinjaman wang tanpa lesen diturunkan di Bau

Facebook
WhatsApp
DITURUNKAN... Anggota polis menurunkan sepanduk iklan pinjaman wang tanpa lesen dalam Ops Vulture di Bau, hari ini.

BAU: Sebanyak 67 sepanduk iklan pemberi pinjam wang tanpa lesen diturunkan menerusi Ops Vulture yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Komersil (BSJK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau bersama Majlis Daerah Bau, hari ini.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A Rahman berkata, operasi berkenaan dilaksanakan di beberapa lokasi termasuk Taman Siniawan Villa, pekan Siniawan, Taman Siniawan serta sepanjang Jalan Kuching-Bau.

CEGAH… Anggota polis menurunkan sepanduk iklan pinjaman wang disyaki tanpa lesen sebagai sebahagian usaha berterusan membanteras kegiatan berkenaan di Bau.

Menurutnya, operasi itu merupakan sebahagian daripada usaha penguatkuasaan berterusan bagi membanteras kegiatan pinjaman wang tanpa lesen serta memastikan persekitaran yang lebih selamat dan teratur di daerah berkenaan.

Oleh Connie Chieng