Persiapan Konvensyen Khas PBB Zon Utara diperkemas menjelang 13 September

Facebook
WhatsApp
PERSIAPAN LANCAR... Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan barisan jawatankuasa penganjur sedia memberikan yang terbaik untuk delegasi Konvensyen Khas PBB Zon Utara di Miri.

MIRI: Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Zon Utara yang akan diadakan di bandar raya Miri bakal menghimpunkan kira-kira 3,800 perwakilan PBB dari seluruh Zon Utara Sarawak bakal berlangsung pada 13 September ini.

Timbalan Premier Sarawak yang juga Timbalan Presiden PBB, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan telah mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa induk baru-baru ini bagi menyelaras persiapan konvensyen tersebut

Menurut beliau yang juga Pengerusi Konvensyen PBB Zon Utara, konvensyen berkenaan akan dirasmikan oleh Premier Sarawak yang juga Presiden PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

SAMBUT KETIBAAN… Datuk Dr Abdul Rahman Ismail menyambut mesra ketibaan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di Hotel Marriot Miri.

Hadir sama, Timbalan Pengerusi Konvensyen Zon Utara, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan Datuk Gerawat Gala, Datuk Dr Ripin Lamat, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, Setiausaha Konvensyen Zon Utara, Datuk Awang Bujang Awang Antek serta Setiausaha Eksekutif PBB, Datu Takun Sunggah.

Sejumlah18 cawangan PBB termasuk Miri, Bintulu, Belaga, dan Marudi akan hadir bagi menyertai konvensyen khas ini.

Mereka akan bersidang bermula 12 September dan seterusnya mengemukakan usul yang akan dimuktamadkan sebelum konvensyen berkenaan bermula di Stadium Tertutup Miri.

Oleh Adeng Edrus