Kebakaran di tapak pelupusan sampah Jalan Tanjung Kidurong seluas 0.81 hektar dipadam

Facebook
WhatsApp
PASUKAN bomba menjalankan operasi memadam kebakaran hutan di tapak pelupusan sampah Jalan Tanjung Kidurong, Bintulu, semalam.

BINTULU: Pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran hutan di tapak pelupusan sampah Jalan Tanjung Kidurong di sini dalam tempoh kira-kira sejam selepas tiba di lokasi, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kidurong Rary Binjie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.38 malam sebelum sebuah jentera bersama lima anggota digerakkan ke lokasi.

“Setibanya di lokasi, pasukan mendapati berlaku kebakaran hutan di kawasan tapak pelupusan sampah dengan anggaran keluasan sekitar 0.81 hektar.

PASUKAN bomba kemudian memastikan kawasan berkenaan berada dalam keadaan selamat sebelum bergerak pulang ke BBP Kidurong.

“Pasukan bomba segera menjalankan operasi pemadaman menggunakan satu aliran air dari pili bomba ke tangki air, dengan bantuan tujuh anggota pihak Treineken,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kebakaran berjaya dikawal pada 9.38 malam sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 10.00 malam.

Menurut Rary, pasukan bomba kemudian memastikan kawasan berkenaan berada dalam keadaan selamat sebelum bergerak pulang ke BBP Kidurong.

Operasi melibatkan sebuah jentera dan turut mendapat bantuan sebuah lori tangki air daripada pihak Treineken.

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu.

Oleh Carolyne Utih