Lelaki positif dadah ditahan di Bau

Facebook
WhatsApp
LELAKI berusia 38 tahun yang ditahan susulan saringan air kencing positif dadah.

BAU: Seorang lelaki berusia 38 tahun ditahan selepas didapati positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine dalam saringan awal air kencing di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau, semalam.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintenden Mohd Haide A Rahman berkata, suspek ditahan kira-kira 1.30 petang hari ini dalam Op Bersepadu Pencegahan Jenayah dan Op Waran Tangkap BSJND Bau.

“Hasil saringan air kencing mendapati suspek positif amphetamine dan methamphetamine. Suspek kemudian ditahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Mohd Haide berkata, suspek mengaku mengambil dadah jenis syabu pada hari sama sebelum ditahan.

Suspek dibawa ke lokap Balai Polis Bau untuk siasatan lanjut.

Oleh Connie Chieng