Rumah keluarga Dr Sim terjejas akibat ribut

Facebook
WhatsApp
KEADAAN rumah keluarga Dr Sim yang terjejas akibat ribut petang tadi. Foto Facebook Dr Sim Kui Hian

KUCHING: Bumbung rumah keluarga Timbalan Premier Sarawak Datuk Dr Sim Kui Hian diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut yang melanda beberapa kawasan di Kuching petang tadi.

Dalam hantaran menerusi Facebook, Dr Sim berkata ketika kejadian beliau berada di Bintulu dan bersyukur semua yang berada di rumah berkenaan dalam keadaan selamat.

Beliau berkata beberapa rumah di kawasan sekitar, termasuk sebuah pusat beli-belah turut terjejas akibat ribut berkenaan.

“Terima kasih kepada semua yang menghantar mesej berhubung bumbung rumah keluarga saya yang diterbangkan ribut,” menurut hantaran itu.

Beliau turut berterima kasih kepada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Sarawak Energy serta agensi lain atas bantuan dan tindakan pantas. – Bernama