SEMATAN: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sematan membantu mengeluarkan sebuah Perodua Myvi yang terperangkap dalam pasir pantai, hari ini.
Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Sematan menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang memohon bantuan selepas kenderaan terbabit tidak dapat bergerak dari kawasan pasir.
Keadaan itu menimbulkan kebimbangan berikutan air laut yang semakin pasang dan berisiko menjejaskan kenderaan terbabit sekiranya tidak dialihkan segera.

Susulan panggilan berkenaan, anggota APM Sematan digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi khas untuk mengeluarkan kenderaan terbabit.
Hasil tindakan anggota, Perodua Myvi milik pengadu berjaya ditarik keluar dari kawasan pasir sebelum dialihkan ke lokasi selamat.
Orang ramai yang berdepan dengan sebarang kecemasan di sekitar Sematan boleh menghubungi APM menerusi talian 082-711292 untuk mendapatkan bantuan.





