KUCHING, 28 Oktober: Kualiti udara di Sarawak secara keseluruhannya mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana dan baik setakat 7.00 pagi ini, dengan 19 daripada 21 stesen pemantauan merekodkan kualiti udara pada tahap sederhana.
Berdasarkan data Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB), dua stesen yang mencatatkan bacaan baik ialah Bario dengan IPU 23 dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri dengan bacaan 49.
Sementara itu, Samalaju merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 75, diikuti Sri Aman (74), Kuching, Samarahan, Bintulu dan Betong yang masing-masing mencatatkan 70.
Stesen lain yang merekodkan bacaan sederhana ialah Serian (67), Sibu dan Lundu (67), Lubok Antu (61), Tebedu (60), Belaga (61), Sarikei (60), Kapit (59), Mukah, Miri dan Lawas (58), Limbang serta Kanowit masing mencatatkan 57.
Bacaan antara 51 hingga 100 dikategorikan sebagai sederhana, manakala bacaan antara sifar hingga 50 berada pada tahap baik.
Bacaan IPU dikira berdasarkan purata bergerak 24 jam bagi parameter pencemaran yang paling dominan.
Oleh Norman B





