BAU: Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Bau digerakkan bagi menangani kejadian pokok tumbang di Jalan Tasik Biru, di sini, petang tadi.
Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Bau menerima panggilan kecemasan daripada orang awam berhubung kejadian itu kira-kira 5.00 petang.
Susulan panggilan berkenaan, anggota APM Bau digerakkan ke lokasi bagi menjalankan tindakan untuk mengalihkan pokok tumbang tersebut.

Setakat ini, tiada maklumat mengenai kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan dalam kejadian berkenaan.
Orang ramai yang berdepan dengan sebarang kecemasan di sekitar Bau boleh menghubungi APM Bau di talian 082-762925 atau talian kecemasan 999.





