Polis Bau tingkat rondaan cegah jenayah di lokasi tumpuan

Facebook
WhatsApp
RONDAAN… Anggota Balai Polis Bau menjalankan rondaan cegah jenayah di sekitar Bandar Bau dan beberapa kawasan tumpuan bagi memastikan keselamatan serta ketenteraman awam sentiasa terpelihara. Foto IPD Bau.

BAU: Balai Polis Bau melaksanakan rondaan cegah jenayah di sekitar kawasan bandar dan beberapa lokasi tumpuan di daerah ini bagi meningkatkan kehadiran serta kesiapsiagaan polis, hari ini.

Rondaan yang dijalankan dari 9.00 pagi hingga 2.00 petang itu meliputi Bandar Bau, Tasik Biru, Kampung Tanjung Batu, Kampung Krian, Taman Mei Yen, Taman Mei Chin, Taman Mutiara, Jambusan, Kampung Merembeh, Kampung Buso dan Sebuku.

Sepanjang rondaan, polis turut mengeluarkan satu saman Pol.170A terhadap pengguna jalan raya atas kesalahan meletakkan kenderaan kurang daripada 30 kaki dari simpang sekolah.

Tiada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan sepanjang rondaan berkenaan.

Rondaan itu turut bertujuan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di kawasan terbabit sentiasa terpelihara.

Orang ramai turut digesa menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya mengesan sebarang aktiviti mencurigakan bagi membantu usaha mencegah kejadian jenayah.

Oleh Shikin Mahmud