Gempa bumi bermagnitud 5.8 gegarkan tenggara Taiwan

Facebook
WhatsApp
GAMBAR hiasan.

ISTANBUL: Gempa bumi dengan magnitud 5.8 menggegarkan tenggara Taiwan pada hari ini, menurut biro cuaca pulau itu, lapor Anadolu Ajansi yang memetik media tempatan.

Pentadbiran Cuaca Pusat (CWA) berkata gempa bumi itu berlaku di luar pantai tenggara Taiwan pada 3.00 petang waktu tempatan (7.00 pagi GMT), lapor Focus Taiwan.

CWA mengesahkan “tiada laporan segera mengenai kerosakan atau kecederaan” susulan gegaran itu.

Menurut CWA, pusat gempa terletak di laut, kira-kira 48 kilometer (29.8 batu) di timur-tenggara Dewan Daerah Taitung.- Bernama-Anadolu