Malaysia Airports sahkan struktur siling Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching terjejas akibat cuaca buruk

Facebook
WhatsApp
SEBAHAGIAN struktur siling di laluan mengambil dan menurunkan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) mengalami kerosakan akibat hujan lebat dan angin kencang petang tadi. Malaysia Airports memaklumkan kawasan terjejas telah dipastikan selamat dan terkawal, manakala pasukan petugas lapangan terbang sedang menjalankan pemeriksaan serta menyelaras tindakan susulan yang diperlukan. Foto Bernama

KUCHING: Sebahagian struktur siling luaran di laluan dalam kawasan pengambilan dan penurunan penumpang Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) terjejas akibat hujan lebat dan angin kencang sekitar 4.00 petang hari ini.

Malaysia Airports dalam kenyataan media hari ini memaklumkan kejadian berkenaan melibatkan sebahagian struktur siling luaran di kawasan tersebut.

Menurut kenyataan itu, kawasan yang terjejas telah dikawal dan pasukan Malaysia Airports kini berada di lokasi bagi menjalankan pemeriksaan keselamatan serta menyelaras tindakan susulan yang diperlukan.

“Keutamaan pihak pengurusan lapangan terbang adalah memastikan keselamatan dan kesejahteraan penumpang, pengguna lapangan terbang serta kakitangan.

“Operasi lapangan terbang bagaimanapun masih berjalan seperti biasa.

“Usaha turut dilakukan bagi memastikan akses selamat ke terminal selain meminimumkan sebarang kesulitan kepada penumpang,” ujarnya.

RM30 juta perkasa Sekolah Mubaligh Sarawak

PETRA JAYA: Kerajaan Sarawak memperuntukkan RM30 juta menerusi Dana Bantuan Sekolah Mubaligh 2026 bagi memperkasa kemudahan dan infrastruktur sekolah mubaligh