Gempa bumi magnitud 3.1 dikesan di perairan Batu Pahat

Facebook
WhatsApp
PETA menunjukkan lokasi gempa bumi lemah bermagnitud 3.1 yang dikesan di perairan Batu Pahat, Johor, petang ini. Foto Facebook MetMalaysia

JOHOR BAHRU:  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.1 berlaku di perairan Batu Pahat, Johor pada 4.12 petang ini.

Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan pusat gempa dikesan di koordinat 1.7 darjah Utara dan 102.8 darjah Timur, sekitar 18 kilometer (km) barat daya Batu Pahat.

“Gempa bumi berkenaan berlaku pada kedalaman 10 km.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia,” menurut kenyataan itu. – Bernama