KUCHING: Kualiti udara di tujuh kawasan di Sarawak mencatat status tidak sihat setakat 12.00 tengah hari ini, dengan Lubok Antu merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tertinggi iaitu 185.
Selain Lubok Antu, bacaan tidak sihat turut direkodkan di IPD Serian (181), Sri Aman (170), Tebedu (163), Kuching (161), Samarahan (156), Sarikei (152) dan Lundu (157).
Berdasarkan rekod IPU tersebut, kawasan terbabit menunjukkan kualiti udara yang boleh memberi kesan kepada kesihatan, khususnya kepada kumpulan berisiko.

Sementara itu, sembilan kawasan lain merekodkan status sederhana dengan bacaan antara 58 hingga 93.
Kawasan berkenaan ialah Sibu (90), Samalaju (91), Mukah (92), Kapit (78), Bintulu (93), Miri (82), ILP Miri (82), Limbang (58), Lawas (70) dan Bario (58).
Secara keseluruhan, bacaan menunjukkan kualiti udara di beberapa kawasan Sarawak memulih walaup masih ada kawasan yang berada pada tahap tidak sihat.
Orang ramai khususnya kumpulan berisiko dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya perlu melakukan aktiviti luar ketika kualiti udara berada pada tahap tidak sihat.





