KUCHING: IPD Serian merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 199 setakat 12.00 tengah hari ini, menghampiri paras 200 dan kekal dalam kategori tidak sihat.
Berdasarkan data pemantauan kualiti udara, Lundu dan Tebedu masing-masing mencatat bacaan 184, diikuti Kuching (179), Samarahan (173), Lubok Antu (172), Sri Aman (158) dan Bintulu (137), kesemuanya dalam kategori tidak sihat.
Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.
Sementara itu, Mukah mencatat bacaan 100, diikuti Miri dan Samalaju masing-masing 87, ILP Miri (88), Sibu (84), Sarikei (81), Kapit (78), Limbang (71), Lawas (91) dan Bario (53), kesemuanya pada tahap sederhana.





