Bot tunda tanpa sauh ditahan Maritim Malaysia di perairan Bintulu

Facebook
WhatsApp
BOT tunda yang ditahan Maritim Malaysia Zon Bintulu selepas disyaki beroperasi tanpa sauh di perairan Bintulu, Jumaat lepas.

BINTULU: Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Zon Maritim Bintulu menahan sebuah bot tunda yang disyaki beroperasi tanpa sauh di perairan Bintulu, baru-baru ini.

Pengarah Maritim Zon Bintulu, Kepten Maritim Muhammad Suffian Eldine Abdullah berkata, bot tunda itu ditahan sekitar 4.25 petang di kedudukan 2.6 batu nautika barat laut Kuala Kemena ketika aset Maritim Malaysia melaksanakan Op PERMAI 01/2019 dan Op TIRIS 4.0.

Menurutny, hasil pemeriksaan mendapati bot tunda berkenaan disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 300, Ordinan Perkapalan Saudagar (Merchant Shipping Ordinance – MSO) 1952 kerana tidak dilengkapi sauh yang merupakan antara kelengkapan keselamatan wajib bagi sesebuah vesel.

“Bot tunda tersebut dikendalikan lapan kru terdiri daripada empat warga tempatan dan empat warga Indonesia, termasuk seorang nakhoda,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

SEBAHAGIAN daripada lapan kru bot tunda yang ditahan Maritim Malaysia Zon Bintulu ketika pemeriksaan di perairan Bintulu, Jumaat lepas.

Bot tunda bersama kesemua kru kemudian ditahan dan diiring ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Muhammad Suffian berkata, pematuhan terhadap keperluan keselamatan pelayaran merupakan tanggungjawab setiap pemilik, pengusaha dan pengendali vesel bagi mengurangkan risiko kemalangan serta memastikan keselamatan nyawa di laut.

“Maritim Malaysia tidak akan berkompromi terhadap mana-mana vesel yang gagal mematuhi peraturan keselamatan dan undang-undang maritim negara.

“Penguatkuasaan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan perairan Malaysia kekal selamat, teratur dan mematuhi piawaian pelayaran yang ditetapkan,” tegasnya..

Beliau turut menyeru komuniti maritim supaya mematuhi peraturan pelayaran serta menyalurkan maklumat, aduan atau insiden kecemasan di laut melalui talian kecemasan 999, Pusat Operasi Zon Maritim Bintulu di 086-314254 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di 082-432544 bagi membolehkan tindakan segera diambil.

Oleh Earl Anek

Polis buru pemandu langgar lari

BAU: Polis sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan yang dipercayai terlibat dalam kemalangan langgar lari membabitkan seorang pejalan kaki di KM8.5,

Wanita rugi RM317,000 diperdaya sindiket bomoh

SIBU: Seorang wanita tempatan berusia lingkungan 70an kerugian RM317,000 selepas diperdaya dua wanita yang menawarkan rawatan tradisional dan upacara perlindungan dalam

SMK Santubong dipastikan selamat untuk murid

SANTUBONG: Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Santubong kembali ceria apabila murid meneruskan sesi persekolahan seperti biasa selepas sekolah berkenaan

Penjawat awam digesa tingkat kemahiran AI

PETRA JAYA: Penjawat awam perlu memperkukuh penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan tadbir urus digital bagi memastikan perkhidmatan awam negeri terus