MRP perkasa komuniti, 19 sekolah dan pertubuhan di Sarikei terima bantuan

Facebook
WhatsApp
TIMBALAN Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato' Sri Huang Tiong Sii menyerahkan MRP kepada penerima. Foto Pusat Khidmat Repok

SARIKEI: Usaha memperkukuh pembangunan masyarakat di peringkat akar umbi terus diberi perhatian apabila 19 sekolah, pertubuhan dan jawatankuasa masyarakat di kawasan Sarikei menerima bantuan menerusi Projek Kecil Luar Bandar (MRP).

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata, penyaluran bantuan tersebut mencerminkan keprihatinan kerajaan Sarawak dalam memenuhi keperluan masyarakat setempat.

Katanya, MRP bukan sahaja memberi sokongan kepada sekolah, malah membantu persatuan, kelab, gereja serta jawatankuasa masyarakat melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang memberi manfaat secara langsung kepada penduduk.

“Kerajaan Sarawak sentiasa berusaha membantu masyarakat di peringkat akar umbi.

“Saya berharap semua penerima dapat menggunakan bantuan ini dengan sebaiknya dan memastikan manfaatnya dapat dirasai oleh masyarakat,” katanya.

Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan cek MRP bagi kawasan Sarikei di Pusat Khidmat Repok, baru-baru ini.

Katanya, kerjasama erat antara kerajaan dengan masyarakat perlu terus diperkukuh bagi memastikan setiap bantuan yang disalurkan dimanfaatkan secara berkesan, sekali gus memberi impak kepada lebih ramai penduduk.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg atas keprihatinan dan perhatian berterusan terhadap keperluan rakyat, khususnya dalam meningkatkan kemudahan kesihatan.

“Ketika merasmikan Program Sarawakku Sayang (SKS) Bahagian Sarikei pada 8 Ogos lalu, Premier Sarawak mengumumkan penambahan 10 mesin dialisis untuk ditempatkan di Hospital Sarikei.

“Penambahan kemudahan itu dijangka meningkatkan kapasiti perkhidmatan hemodialisis di hospital tersebut, serta membolehkan lebih ramai pesakit mendapatkan rawatan lebih dekat tanpa perlu berdepan kesukaran mendapatkan perkhidmatan di luar kawasan.

“Ini merupakan satu perkembangan yang sangat baik untuk masyarakat Sarikei kerana penambahan mesin dialisis ini akan membantu memenuhi keperluan rawatan pesakit dan memastikan mereka mendapat perkhidmatan kesihatan yang lebih baik,” katanya.

Oleh Earl Anek

SMK Santubong dipastikan selamat untuk murid

SANTUBONG: Suasana di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Santubong kembali ceria apabila murid meneruskan sesi persekolahan seperti biasa selepas sekolah berkenaan

Penjawat awam digesa tingkat kemahiran AI

PETRA JAYA: Penjawat awam perlu memperkukuh penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan tadbir urus digital bagi memastikan perkhidmatan awam negeri terus