Kebakaran belukar di lereng bukit Simpang Pusa berjaya dipadam

Facebook
WhatsApp
KEBAKARAN membabitkan kawasan belukar di lereng bukit berhampiran Simpang Pusa berjaya dipadam sepenuhnya, tengah hari tadi. Foto APM Debak

DEBAK: Kebakaran membabitkan kawasan belukar di lereng bukit berhampiran Simpang Pusa berjaya dipadam sepenuhnya oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Debak, tengah hari tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Debak, Leftenan Muda Mohd Hanif Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung kejadian itu pada 11.58 pagi.

Menurutnya, empat anggota APM bergegas ke lokasi dengan sebuah ambulans pacuan empat roda sejurus menerima panggilan sebelum tiba pada 12.13 tengah hari.

“Setibanya di lokasi, anggota mendapati kebakaran melibatkan kawasan belukar di lereng bukit di seberang Simpang Pusa.

“Api berjaya dipadamkan sepenuhnya dan keadaan di lokasi dipastikan selamat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Operasi tersebut turut mendapat kerjasama dua kakitangan Sarawak Energy Berhad (SEB) yang menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda.

Mohd Hanif berkata, operasi melibatkan jarak perjalanan kira-kira 13 kilometer dari APM Debak ke lokasi kejadian.

Katanya, operasi yang bermula sejurus menerima panggilan itu tamat pada 12.45 tengah hari.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan setakat ini,” katanya.

APM turut mengingatkan orang awam supaya segera melaporkan sebarang kejadian kebakaran, khususnya di kawasan belukar atau tanah lapang, bagi membolehkan tindakan pantas diambil dan mengelakkan api merebak.

Oleh Adi Safarman