Mustapha Sakmud lawat APM Sarawak, perkasa kesiapsiagaan bencana

Facebook
WhatsApp
MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Ts. Mustapha Sakmud bergambar bersama Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sarawak, Mohtar Samat sempena lawatan rasmi beliau ke APM Sarawak, Kuching, semalam.

KUCHING: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud mengadakan lawatan rasmi ke Angkatan Pertahanan Awam (APM) Sarawak, semalam.

Lawatan itu bertujuan meninjau kesiapsiagaan serta peranan APM Sarawak dalam melaksanakan tugas berkaitan pengurusan bencana dan keselamatan awam.

Kehadiran Mustapha turut memberi peluang kepada beliau mendapatkan gambaran mengenai operasi serta fungsi APM dalam menghadapi pelbagai situasi kecemasan, termasuk kesiapsiagaan menghadapi bencana.

Lawatan berkenaan mencerminkan perhatian berterusan terhadap aspek kesiapsiagaan agensi tindak balas kecemasan, khususnya dalam memastikan keupayaan APM sentiasa berada pada tahap optimum bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

APM Sarawak melalui Pusat Pertahanan Awam (PUSPA) terus memainkan peranan penting dalam menyokong pengurusan bencana serta memberikan bantuan kepada masyarakat ketika berlaku kecemasan.

Oleh Afiq Sallehi

Tiga program utama Sarawak ditangguhkan

KUCHING: Tiga program utama di Sarawak yang dijadualkan berlangsung hujung bulan ini hingga awal September ditangguhkan susulan keadaan jerebu dan