TELOK MELANO: Pemandangan sekitar Telok Melano, Lundu kelihatan berkabus dengan langit diselubungi jerebu, manakala jarak pandang turut terjejas susulan keadaan berkenaan setakat 6.00 petang hari ini.
Keadaan itu dapat dilihat terutama di kawasan terbuka apabila pemandangan sekitar kelihatan kurang jelas berbanding keadaan biasa.
Situasi berkenaan berlaku ketika beberapa kawasan di Sarawak terus merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat susulan keadaan jerebu yang melanda negeri ini.
Sebagai langkah berjaga-jaga, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak (JPNS) sebelum ini turut mengarahkan sekolah di Lundu dan beberapa kawasan lain ditutup sementara pada 20 dan 21 Ogos susulan keadaan kualiti udara yang tidak sihat.
Oleh Afiq Sallehi





