KUCHING: Seorang lelaki berusia 19 tahun yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di Courtyard Sanctuary Apartment, Bandar Baru Batu Kawa, pada 13 Ogos lalu, selamat pulang ke rumah.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Barry William berkata, Melvin Dhillon Muluk pulang ke rumah kira-kira 10.45 malam tadi dalam keadaan selamat dan sihat.
“Terima kasih diucapkan kepada orang ramai yang telah memberikan kerjasama serta bantuan dalam usaha mengesan beliau ,” katanya.
Melvin dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat kira-kira 6.30 petang pada 13 Ogos lalu di Blok V, 202 Courtyard Sanctuary Apartment, Bandar Baru Batu Kawa.
Oleh Connie Chieng




