Kuching City FC sedia khidmat bantuan pembelian tiket dalam talian

Facebook
WhatsApp
KHIDMAT bantuan pembelian tiket dalam talian disediakan Kuching City FC bagi memudahkan penyokong mendapatkan tiket perlawanan. Foto janaan AI

KUCHING, 13 Oktober: Kuching City FC menyediakan khidmat bantuan pembelian tiket secara dalam talian bagi memudahkan penyokong mendapatkan tiket perlawanan pasukan itu.

Menurut kenyataan Kuching City FC, penyokong yang menghadapi kesukaran membeli tiket menerusi laman sesawang Ticket Hotline boleh mendapatkan bantuan di pejabat kelab itu di Jalan Astana.

Kaunter bantuan berkenaan beroperasi dari 9.00 pagi hingga 4.30 petang, namun ditutup sementara pada 12.30 tengah hari hingga 2.00 petang untuk waktu rehat.

Inisiatif itu bertujuan membantu penyokong yang memerlukan panduan ketika membeli tiket menerusi platform dalam talian.

Penyokong hanya perlu hadir ke pejabat kelab dalam waktu operasi yang ditetapkan untuk mendapatkan bantuan berkenaan.

Kuching City FC turut merakamkan penghargaan kepada penyokong atas sokongan berterusan mereka terhadap pasukan itu.