Enam kawasan masih berjerebu, Lundu paling terjejas

Facebook
WhatsApp
JEREBU… Bacaan IPU di Sarawak setakat 8.00 pagi ini menunjukkan enam kawasan berada pada tahap tidak sihat, dengan Lundu mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 169.

KUCHING: Meskipun hujan turun di beberapa kawasan di Sarawak sejak kebelakangan ini, keadaan jerebu masih berterusan apabila enam kawasan merekodkan  Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 8.00 pagi ini.

Lundu mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 169, diikuti Serian (156), Kuching dan Lubok Antu masing-masing 154 serta Sri Aman (152).

Mukah dan Samarahan turut merekodkan bacaan pada tahap tidak sihat, masing-masing 106 dan 113.

Sementara itu, 11 kawasan lain mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana iaitu Bintulu (95), Sibu dan Tebedu masing-masing (92), Sarikei (89), Samalaju (83), Miri dan ILP Miri masing-masing (80), Lawas (75), Limbang (71), Kapit (63) dan Bario (58).

Keadaan itu menunjukkan hujan yang turun di beberapa kawasan masih belum meredakan jerebu sepenuhnya, khususnya di kawasan yang mencatatkan bacaan IPU melebihi 100.

Mengikut klasifikasi IPU, bacaan antara 51 hingga 100 dikategorikan sebagai sederhana, manakala 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat.

Orang ramai, terutama golongan berisiko, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar dan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya kualiti udara terus berada pada tahap tidak sihat.

Misteri Penjaga Rimba Purba

MALAM melabuhkan tirainya, membalut gelap belantara dengan seribu rahsia. Di celah-celah pokok besar tersembunyi ilmu dan bisikan roh purba. Gabungan