NAHA, Jepun: Sebuah landasan ditutup di Lapangan Terbang Naha di wilayah selatan pulau Okinawa pada Selasa selepas jet pejuang Pasukan Pertahanan Diri Jepun tidak dapat bergerak sebaik mendarat, menurut kementerian pengangkutan.
Kyodo News melaporkan satu daripada dua landasan lapangan terbang ditutup dari sekitar 12.55 tengah hari, memetik pejabat lapangan terbang Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancongan.
Pesawat penumpang menggunakan landasan lain, kata pejabat itu. Landasan yang terjejas telah beroperasi sejak Mac 2020. – Bernama





