LONDON: Presiden Afrika Selatan gesa kumpulan G7 untuk membantu membiayai program Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk meningkatkan ujian saringan, rawatan dan vaksin Covid-19.
Cyril Ramaphosa berkata negara G7 yang menyumbang separuh daripada output global perlu menyokong akses kepada peralatan Covid-19 bagi menutup jurang 16.8 bilion bagi tahun ini.
Beliau turut sama menyertai sidang kemuncak G7 di England pada Ahad.
Tambah Ramaphosa, terdapat keperluan mengatasi pembiayaan besar untuk ujian saringan, rawatan dan bekalan kritikan seperti oksigen.
Program ACT Accelerator WHO bertujuan mempercepatkan pengeluaran dalam memastikan akses adil kepada ujian saringan, rawatan dan vaksin Covid-19.
Kata Ramaphosa, sekiranya semua negara G7 memenuhi sasaran tersebut, inisiatif itu akan dua pertiga dibiayai dengan 90 peratus daripadanya oleh kesemua negara G20 jika negara-negara berkenaan memberikan sumbangan sewajarnya.
Ramaphosa turut mendesak anggota G7 menyokong pengecualian Hak Harta Intelek Berkaitan Perdagangan (TRIPS) untuk paten vaksin Covid-19 dan terlibat dengan rundingan untuk meningkatkan pengeluaran vaksin.
Jelasnya, sekiranya dunia mahu keluar daripada krisis tersebut, adalah penting untuk bekerjasama dan menggerakkan sumber-sumber ke negara-negara yang memerlukan.
Kira-kira 90 peratus negara Afrika akan tersasar program vaksinasi untuk memvaksinasi sekurang-kurangnya 10 peratus populasi mereka menjelang September susulan gelombang ketiga yang melanda benua itu.-AFP