Ops Pematuhan: Polis Bau perhebat penguatkuasaan jalan raya

Facebook
WhatsApp
TRAFIK Bau memeriksa kenderaan di jalan raya.

BAU: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah Bau (BSPTD) mengeluarkan sebanyak empat saman PDRM (K) 257 melibatkan dua kes pengubahsuaian sistem ekzos dan dua kes Lesen Kenderaan Motor (LKM) yang telah tamat tempoh.

Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A Rahman berkata, sebanyak 27 kenderaan dan 35 individu telah diperiksa dalam Ops Pematuhan semalam di sepanjang Jalan Bau-Batu Kawa serta Jalan Bau-Kuching-Siniawan bagi meningkatkan tahap pematuhan undang-undang jalan raya dalam kalangan pengguna.

BAHAGIAN Trafik akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas.

Beliau berkata, Bahagian Trafik akan terus mempergiatkan operasi penguatkuasaan bagi memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan lalu lintas.

Mohd Haide turut menasihatkan pemandu supaya memastikan kenderaan berada dalam keadaan selamat serta mematuhi had laju ketika berada di jalan raya.

Beliau turut mengingatkan pemandu agar mengelakkan pengubahsuaian kenderaan yang boleh menjejaskan keselamatan, merancang perjalanan dengan baik serta mendapatkan rehat secukupnya, khususnya dalam keadaan cuaca panas dan kering ketika ini.

Katanya, keselamatan jalan raya merupakan tanggungjawab bersama.

Oleh Connie Chieng