Lapangan Terbang Catania kekal ditutup akibat letusan Gunung Etna

Facebook
WhatsApp
KEPULAN asap dan abu kelihatan dari Gunung Etna di Sicily berikutan letusan terbaharu yang menjejaskan operasi penerbangan di kawasan berkenaan. Foto Agensi

ROM: Lapangan terbang Catania di pulau Mediterranean Itali, Sicily, kekal ditutup hari ini ketika waktu puncak musim percutian berikutan letusan terbaharu Gunung Etna. Keadaan itu menyebabkan ribuan pelancong terjejas, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ruang udara lapangan terbang itu kini dihadkan sehingga sekurang-kurangnya 6.00 petang (1600 GMT). Arahan penutupan sebelum ini dijadualkan berakhir pada 11.00 pagi.

Pelancong dari luar negara turut terjejas akibat gangguan berkenaan.

Gunung berapi paling aktif di Eropah itu memuntahkan sejumlah besar abu dan serpihan batu pijar sejak Jumaat. Aliran lava tebal muncul dari dua lubang pada altitud 2,360 meter dan 2,750 meter, menurut Institut Geofizik dan Vulkanologi Kebangsaan Itali (INGV). Dua lagi aliran lava baharu kemudian terbentuk.

Operasi penerbangan terganggu sejak Jumaat, dengan ruang udara ditutup sepenuhnya sejak beberapa hari lalu. Keadaan itu menimbulkan masalah serius kerana berlaku pada kemuncak musim panas ketika jumlah pelawat asing di pulau berkenaan tinggi.

Ramai pelancong kini cuba menggunakan lapangan terbang di ibu negeri pulau itu, Palermo atau menaiki kereta api sebagai alternatif. – Bernama

Gerhana matahari penuh memukau di Eropah

BURGOS, Sepanyol: Jutaan penduduk Eropah dijangka menatap langit dengan penuh kagum apabila fenomena gerhana matahari penuh yang jarang berlaku merentasi