15 maut bot karam di Zimbabwe

Facebook
WhatsApp
OPERASI MENYELAMAT... Pasukan penyelamat menjalankan operasi mencari dan menyelamat selepas sebuah bot yang membawa lebih 160 penumpang karam di Tasik Kariba, Zimbabwe, Selasa, mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang.

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 15 maut selepas sebuah bot yang membawa lebih 160 penumpang karam di Tasik Kariba, Zimbabwe pada Selasa, menurut penyiar tempatan ZBC, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Pasukan penyelamat setakat ini menemukan 15 mayat dan menyelamatkan 74 orang, manakala kira-kira 75 lagi masih hilang, menurut laporan itu.

Jumlah penumpang yang berada di atas bot milik Agensi Pembangunan Infrastruktur Luar Bandar itu tidak termasuk kanak-kanak berusia bawah empat tahun yang tidak memerlukan tiket berasingan.

ZBC memaklumkan lima kru turut berada di atas bot berkenaan.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan. – Bernama-Sputnik/RIA Novosti

Gerhana matahari penuh memukau di Eropah

BURGOS, Sepanyol: Jutaan penduduk Eropah dijangka menatap langit dengan penuh kagum apabila fenomena gerhana matahari penuh yang jarang berlaku merentasi