Kereta musnah 100 peratus dalam kebakaran di Batu Kitang

Facebook
WhatsApp
SEBUAH Toyota RAV4 dijilat api sebelum musnah 100 peratus dalam kebakaran di tepi Jalan Kuching-Bau, Batu Kitang, Kuching, hari ini. Foto JBPM

KUCHING: Sebuah Toyota RAV4 musnah 100 peratus dalam kebakaran di tepi Jalan Kuching-Bau, Batu Kitang, di sini, semalam. 

Komander Operasi, PBK I Ramzai Talip berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 10.43 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Sentosa tiba di lokasi pada 10.53 malam.

Menurutnya, setibanya di lokasi, pasukan mendapati kebakaran melibatkan sebuah Toyota RAV4 yang diletakkan di tepi jalan.

“Anggaran kebakaran adalah 100 peratus melibatkan keseluruhan kenderaan dan tiada mangsa terlibat dalam kejadian.

“Pasukan operasi menjalankan kerja pemadaman menggunakan satu aliran salur bantu mula, air tangki dan pam jentera sehingga api berjaya dipadam sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada 10.55 malam, manakala operasi tamat pada 11.00 malam selepas pemeriksaan mendapati keadaan di lokasi selamat dan tiada lagi tanda-tanda kebakaran.

Operasi membabitkan tujuh anggota BBP Kota Sentosa dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT).

Oleh Afiq Sallehi