755 pek makanan dihantar ke Baram

Facebook
WhatsApp
PENGHANTARAN bantuan makanan ke Rumah Mugang Tanjung Upar.

MARUDI : Sejumlah 755 pek makanan dihantar  ke kampung-kampung di kawasan Baram yang terjejas banjir dengan menggunakan kapal bandung, semalam.

Para anggota yang terlibat menghantar bantuan ke 19 kawasan tersebut ialah anggota bomba, Jabatan Kebajikan Masyarakat ( JKM ) Marudi dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Kawasan-kawasan terjejas banjir yang menerima bantuan berkenaan ini ialah Kampung Lubok Nibong (14 pek ) Kampung Rumah Jipun Sg Gaong (16), Rumah Vincent Tanjung Upar (34), Rumah Mugang Tanjung Upar ( 29 ), Rumah Gerinang Logan Tasong ( 11 pek ), Long Maro ( 60 pek ), Lubok Kulat ( 4pek ) dan Tebingan Sungai Kampung Benawa (54 pek ).

Turut menerima bantuan ialah Sekolah Kebangsaan (SK)  Benawa ( 11 pek ) Kuala Tutoh (73 pek ), SK Kuala Tutoh ( 8 pek ), Rumah Asong Linei Bukit ( 41 pek ), Long Patan Batu Belah (24 pek ), Long Ukok (20 pek), Klinik Kesihatan Long Panai ( 12 pek ), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tutoh Apoh ( 54 pek ), SK Long Panai ( 18 pek ) dan Kampung Long Panai ( 258 pek ).

Oleh JIKU JUGUONG

IPU Serian 518, tahap sangat berbahaya

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di IPD Serian kekal pada paras 518 dan dikategorikan sebagai sangat berbahaya setakat 10.00

IPU Serian 518, tahap sangat berbahaya

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di IPD Serian kekal pada paras 518 dan dikategorikan sebagai sangat berbahaya setakat 10.00

Pemilihan Kata yang Menjadi dalam Sajak

APABILA memperkatakan sajak, fokus utamanya tentu sahaja tentang pemilihan kata. Walaupun tema menjadi asas pemikiran sesebuah sajak dilahirkan, pemilihan kata