KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hari ini.
Menurut hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi menghadap Seri Paduka Baginda itu berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru.
Pertemuan bersama Seri Paduka Baginda itu berlangsung selama hampir sejam.
Turut hadir Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki dan Pegawai Kewangan Negeri Johor Datuk Mohd Noorazam Osman. – Bernama



