Juanda santuni warga emas uzur di Igan

Facebook
WhatsApp
MENYANTUNI WARGA EMAS... Datuk Dr Juanda Jaya menyantuni warga emas yang uzur dan sakit terlantar sambil menyampaikan bakul makanan berisi barangan keperluan asas kepada penerima ketika Program Ziarah Kebajikan di Daerah Kecil Igan, hari ini. Foto ADUN Jemoreng

IGAN: Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Integriti dan Ombudsman), Datuk Dr Juanda Jaya menyantuni enam warga emas yang uzur dan sakit terlantar menerusi Program Ziarah Kebajikan di Daerah Kecil Igan, hari ini.

Juanda yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng turut menyampaikan sumbangan berupa bakul makanan yang mengandungi barangan keperluan asas kepada enam penerima sebagai usaha meringankan beban keluarga mereka.

MENYANTUNI WARGA EMAS… Datuk Dr Juanda Jaya menyantuni warga emas yang uzur dan sakit terlantar sambil menyampaikan bakul makanan berisi barangan keperluan asas kepada penerima ketika Program Ziarah Kebajikan di Daerah Kecil Igan, hari ini. Foto ADUN Jemoreng

Sepanjang program itu, beliau turut bertanya khabar serta memberikan kata-kata semangat kepada warga emas yang sedang berdepan masalah kesihatan.

Pendekatan turun padang itu bukan sahaja membolehkan beliau meninjau sendiri keadaan penduduk, malah mengeratkan hubungan silaturahim antara pemimpin dengan masyarakat setempat.

Sementara itu, para penerima melahirkan rasa syukur dan gembira bukan sahaja kerana menerima sumbangan, malah berpeluang bertemu serta beramah mesra dengan wakil rakyat yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan penduduk di kawasan DUN Jemoreng.

Oleh Akun Giman