KOTA SAMARAHAN: Seorang lelaki yang cedera dalam kemalangan jalan raya di Bulatan Haji Ali di sini menerima bantuan awal daripada Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Samarahan sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut, hari ini.
Menurut APM Samarahan, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sebelum menggerakkan Skuad Alpha ke lokasi bagi memberikan bantuan.
Setibanya di lokasi kejadian, anggota APM mendapati mangsa berada dalam keadaan stabil, namun mengalami kecederaan pada bahu kanan akibat kemalangan tersebut.
Mangsa kemudiannya diberikan rawatan awal sebelum dibawa ke Pusat Jantung Sarawak untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Setibanya di hospital, mangsa diserahkan kepada petugas perubatan bagi menerima tindakan dan rawatan selanjutnya.
Orang ramai yang memerlukan bantuan kecemasan boleh menghubungi APM Samarahan di talian 082-672999 atau talian kecemasan 999.





