Polis terima laporan kes amang seksual bukan fizikal di Lawas

Facebook
WhatsApp
SUSPEK ditahan untuk siasatan mengikut seksyen 15(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

LAWAS: Polis menerima satu laporan berhubung kes amang seksual bukan fizikal yang didakwa berlaku di sebuah madrasah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Lawas, DSP Liong Tindan berkata, laporan berkenaan diterima pada 1.21 petang, 25 Julai lalu.

Beliau berkata, pengadu yang merupakan seorang guru di madrasah berkenaan memaklumkan bahawa beliau telah dimaklumkan oleh keluarga seorang pelajar mengenai tindakan seorang lelaki tidak dikenali yang didakwa menunjukkan kemaluannya di hadapan beberapa pelajar perempuan.

WARGA emas terlibat judi ditahan bersama rampasan wang tunai dan aplikasi judi dalam telefon bimbit.

“Kejadian itu dipercayai berlaku pada 21 Julai lalu, sekitar tengah hari ketika para pelajar sedang berehat di luar kawasan madrasah,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Bertindak atas maklumat, sepasukan polis berjaya menahan seorang lelaki tempatan berusia 49 tahun yang tidak bekerja di hadapan sebuah madrasah di Lawas.

Semakan rekod lampau mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Sementara itu, dalam kes berasingan, sepasukan polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 63 tahun pada kira-kira 3.40 petang, 27 Julai lalu di bandar Lawas kerana disyaki terbabit dalam kegiatan perjudian.

Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan sejumlah wang tunai. Pemeriksaan terhadap telefon bimbit suspek mendapati terdapat aplikasi perjudian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4A(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

Oleh Adeng Edrus

Amaran gelombang haba di Seoul

SEOUL: Agensi cuaca negeri mengeluarkan amaran gelombang haba bagi kebanyakan kawasan di Seoul pada Rabu, iaitu amaran kedua bagi ibu negara