FTES pelaburan strategik lahir bakat pacu ekonomi baharu Sarawak

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MIRI: Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) bukan sekadar menyediakan pendidikan percuma, sebaliknya merupakan pelaburan strategik kerajaan Sarawak bagi melahirkan modal insan berkualiti untuk memacu ekonomi baharu negeri. 

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, skim itu bertujuan membentuk generasi baharu yang akan menjadi jurutera, doktor, saintis, penyelidik, pakar kecerdasan buatan (AI), usahawan teknologi, pakar tenaga hijau serta pemimpin masa depan.

Menurut beliau, melalui FTES, anak-anak Sarawak berpeluang mengikuti 64 program strategik di institusi pengajian tinggi milik kerajaan Sarawak tanpa dibebankan dengan yuran pengajian, sekali gus memastikan graduan yang dilahirkan memenuhi keperluan pembangunan negeri dan industri masa hadapan. 

RASMI…Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin (lima dari kanan) semasa merasmikan Ekspo Pendidikan Yayasan Sarawak FTES 2026 yang berlangsung di Recreational Hall, Curtin Universiti di Miri hari ini. 

Beliau berkata, Sarawak kini sedang melalui transformasi ekonomi yang dipacu sektor tenaga boleh diperbaharui, ekonomi hidrogen, semikonduktor, kecerdasan buatan, ekonomi digital, aeroangkasa, bioteknologi dan industri berteknologi tinggi yang memerlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi. 

Katanya, kerajaan turut melengkapkan pembangunan bakat melalui pelbagai inisiatif Yayasan Sarawak seperti Program Baucar Buku, Program Komputer Riba Percuma dan Bantuan Kewangan Khas Pelajar Sarawak bagi memastikan tiada anak negeri tercicir daripada menikmati peluang pendidikan. 

LAWAT…RASMI...Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin melawat pameran Ekspo Pendidikan Yayasan Sarawak FTES 2026 yang berlangsung di Recreational Hall, Curtin Universiti di Miri hari ini. 

Abang Johari berkata demikian dalam teks ucapan beliau yang dibacakan oleh Menteri Pengangkutan Dato Sri Lee Kim Shin sempena Majlis Perasmian Ekspo Pendidikan Yayasan Sarawak FTES 2026 yang berlangsung di Recreational Hall, Curtin Universiti di sini hari ini. 

Abang Johari turut menggesa generasi muda merebut peluang yang disediakan melalui FTES dengan bersungguh-sungguh, menguasai teknologi baharu serta membina integriti agar mampu menjadi pemimpin dan pencipta peluang pekerjaan pada masa depan.

Oleh Liong Chai Ling

49 pelajar cemerlang SPM SMK Pujut diraikan

MIRI: Kejayaan 49 pelajar SMK Pujut mencatat keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 mendapat pengiktirafan sebagai pembakar semangat